CALON-CALON ADALAH DIPELAWA UNTUK MENGISI KEKOSONGAN JAWATAN SEPERTI BERIKUT :
NAMA PERKHIDMATAN : PENOLONG PEGAWAI TADBIR
KLASIFIKASI : PERKHIDMATAN PENTADBIRAN DAN SOKONGAN
KUMPULAN PERKHIDMATAN : SOKONGAN
TARAF JAWATAN : TETAP
JADUAL GAJI : GRED N27
P1T1 RM1204.55 - P1T26 RM3027.10 P2T1 RM1274.13 - P2T26 RM3213.25
P3T1 RM1346.73 - P3T26 RM3405.26
SYARAT LANTIKAN
1. Calon-calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :
a. warganegara Malaysia ;
b. berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan ;
c. (i) Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; atau
(ii) diploma dalam bidang pentadbiran awam yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred N27 : P1T5); atau
(iii) diploma dalam bidang pengurusan harta benda yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred N27 : P1T6)
dan d. kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan)
pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
NAMA PERKHIDMATAN : PEMBANTU TADBIR GRED N17
KLASIFIKASI : PERKHIDMATAN PENTADBIRAN & SOKONGAN
KUMPULAN : SOKONGAN
PERKHIDMATAN
TARAF JAWATAN : KONTRAK
JADUAL GAJI : GRED N17
P1T1 RM820.38 - P1T24 RM2151.35 P2T1 RM871.81 - P2T24 RM2272.50
P3T1 RM924.75 - P3T24 RM2397.95
SYARAT KELAYAKAN :
1. Calon-calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :
a. warganegara Malaysia ;
b. berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan ;
c. (i) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan;
(ii) Sijil Perancang Bandar dan Wilayah daripada UiTM yang diiktiraf oleh kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred N17:P1T6); atau
(iii) Sijil Institut Pertanian atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred N17:P1T8); atau
(iv) Sijil dalam bidang kejuruteraan ukur tanah atau perancang bandar dan wilayah yang diiktiraf oleh kerajaan daripada politeknik-politeknik tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred N17:P1T9);
Dan d. Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan)
pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
(Keutamaan diberi kepada calon yang berkebolehan mengendalikan komputer).
Semua permohonan hendaklah lengkap dengan Salinan Sijil, Kad Pengenalan, Sijil Kelahiran yang disahkan. Pegawai Kerajaan yang sedang berkhidmat hendaklah mengemukakan permohonan melalui Ketua Jabatan dengan menyertakan Salinan Kenyataan Perkhidmatan dan Laporan Penilaian Prestasi Tahunan terkini.
Borang permohonan boleh didapati dengan datang sendiri atau menghantar surat dan sampul bersetem yang beralamat sendiri dan borang yang lengkap diisi hendaklah dihantar ke :
PENGURUS BESAR
LEMBAGA PELABUHAN JOHOR
NO. 5A-8A, PUSAT PERDAGANGAN PASIR GUDANG
JALAN BANDAR, 81707 PASIR GUDANG
Tarikh tutup iklan : 2 Jun 2011
No comments:
Post a Comment